Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada anda semua..
Hari ini saya ingin menerangkan serba sedikit dan berkongsi dengan anda tentang APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERTOLONGAN CEMAS.
PERTOLONGAN CEMAS ialah Bantuan awal yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulans.
Anda perlu ingat bahawa setiap saat adalah penting bagi setiap mangsa. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui mengapa pertolongan cemas perlu diberikan kepada mangsa/pesakit. Berikut adalah objektif pertolongan cemas :-
- selamatkan nyawa mangsa
- mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk
- memberi kelegaan dan keselesaan kepada mangsa
Pengetahuan mengenai pertolongan cemas atau bantuan awal ini amat penting kepada setiap individu. Cuba anda bayangkan, apa akan terjadi sekiranya orang yang anda sayang berada dalam ditimpa kemalangan????? apa yang anda boleh buat sekiranya anda tidak tahu langsung mengenai pertolongan cemas ini?????